Kerjasama dengan Arkib Negara Malaysia Sempena Program Bicara Komuniti Sarawak: “Kelestarian Tradisi dan Budaya”

25 Februari 2022 – Bersempena dengan penganjuran Citrawarna Keluarga Malaysia 2022, Arkib Negara Malaysia telah mengadakan program Bicara Komuniti Sarawak dengan kerjasama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak AKYBMS dalam pengisian persembahan kebudayaan. Program Bicara Komuniti Sarawak (Arkib) telah berlangsung secara fizikal di Auditorium Berlian, Aras 1, Blok Utama, Akademi Percukaian Malaysia Kuching (LHDN) untuk sesi yang kedua pada pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, yang turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Jaafar Sidek bin Hj Abdul Rahman, selaku Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

 

Program Bicara Komuniti ini turut mengundang tokoh-tokoh pembicara yang berpengalaman dan berpengetahuan luas serta pakar dalam bidang kelestarian tradisi dan budaya di Sarawak. Dengan adanya penganjuran program ini yang dilihat menjurus kearah memartabatkan keunikan serta kepelbagaian warisan, budaya, adat tradisi, bahasa, kaum dan keunikan makanan tradisi masyarakat di Sarawak.

Sekalung penghargaan tahniah dan terima kasih kepada Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak yang telah bertungkus-lumus menyediakan khidmat persembahan kebudayaan yang menarik seperti alunan alat muzik tradisional Melayu Sarawak yang ditarikan dalam taraian Datu Permaisuri serta pengiring-pengiring yang berpakaian tradisional etnik Sarawak. Diharapkan dengan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang dalam menonjolkan kepelbagaian kaum di Malaysia khususnya di Sarawak.

Kongsi berita ini