18 April 2025 (Jumaat): Unit Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan mesra ke kediaman Encik Danny Mohamad Zukifli, pemilik D’ Keringkam. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Cik Zafirah binti Othman, Encik Harith bin Heykal, dan Encik Norazam bin Azni Shah.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai Keringkam dan Songket Asli Sarawak, iaitu warisan tekstil tradisional yang menjadi lambang kehalusan seni budaya Melayu Sarawak.
Hasil pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bagi pameran sempena Majlis SAMArindok AKYBMS 2025 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Kolaborasi ini dijangka mampu menyerlahkan keunikan serta memperkukuh usaha pemeliharaan warisan tekstil Melayu Sarawak demi tatapan generasi akan datang.