Jejak Warisan Melayu Sarawak: 51 Tahun bersama D’CRESCENDOS

⭐D’Crescendos adalah sebuah kumpulan acapella yang berasal dari Sarawak, Malaysia. D’Crescendos merupakan gabungan empat paduan suara dari Sarawak yang pernah menjadi johan bintang RTM 1978 di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
⭐Kumpulan D’Crescendos dianggotai oleh Junainah Sulehan (sekarang Prof Dr) – Soprano), Dr. Kamil Salem (Bass), Husni Eddy (Tenor) dan July Ellen (Alto).
⭐Genre muzik D’Crescendos adalah lagu puisi acapella. Pada zaman kegemilangan D’Crescendos, mereka sering membuat persembahan secara siaran langsung di televisyen di Kuala Lumpur bersama kumpulan Harmoni dan Titra.
⭐Semasa pertandingan bintang RTM 1978, mereka telah menyampaikan dua buah lagu ciptaan oleh Kamil Salem iaitu “Siapa Dia” dan “Ibu Sayang’.
⭐D’Crescendos pernah merakamkan album puisi yang pertama berbentuk piring hitam pada tahun 1982.
⭐ Album mereka telah memenangi Anugerah Juara Radio Ibu Kota sebanyak 7 kali dan Anugerah RTM Sarawak sebanyak 7 kali dan pernah menerima anugerah Album Jualan Terbaik oleh Titra.
⭐D’Crescendos merupakan Kumpulan dari Sarawak yang berjaya merakamkan album penuh sebanyak 10 buah lagu.
⭐ Mereka adalah kumpulan pertama dari Sarawak yang merakamkan lagu puisi. Selain itu, D’Crescendos bernaung di bawah syarikat Titra & Warnada Records dari tahun 1979 hingga 1984.
⭐Antara artis-artis yang bernaung di bawah syarikat Titra & Warnada Records pada masa itu adalah, Kumpulan Harmoni, Ahmad Jais, Titra dan Sheila Majid.
⭐ Kebanyakan lirik lagu D’Crescendos ditulis oleh ahli puisi terkenal tanah air seperti Siti Zainon Ismail, Inon Shahnuddin, Zalikamari, Junainah Sulehan dan Salmi Mohd Isa (sekarang isteri). Selain itu, Dr. Kamil Salem dan Oliver Dragon merupakan penyusun harmoni bagi D’Crescendos.
⭐D’Crescendos pernah menjadi sebahagian daripada pameran di Muzium Sarawak pada suatu masa dahulu.
⭐ Anggota kumpulan D’Crescendos, Prof. Dr. Junaenah Sulehan, kini bertugas sebagai Pengarah Institut Pengajian Borneo di Kolej Universiti Yayasan Sabah. Husni Eddy pula bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta. July Ellen menjadi usahawan dan masih aktif menyanyi bersama Persatuan Peminat P. Ramlee Sarawak, sementara Dr. Kamil Salem menjalankan perniagaan sendiri serta merupakan seorang penceramah bebas, komposer, dan penggubah muzik.
Ps: Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan penulisan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara jua secara bertulis daripada pihak AKYBMS.

Kongsi berita ini