Tanjak dikenali sebagai tengkolok, destar dan setanjak merupakan sejenis perhiasan kepala Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki.
Tanjak diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya yang tertentu.
Tanjak sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu seperti seni silat, upacara majlis berlulut dan juga majlis rasmi dan lain-lain.
Pemakaian baju Melayu pada hari raya adalah biasa tetapi apabila seseorang itu bertanjak di kepala maka si pemakainya akan nampak luar biasa.
Tanjak lipatan Bugis Tak Balik dinyatakan di dalam buku Destar Malaysia sebagai lipatan tanjak yang sinonim dengan Melayu Sarawak.
Jom kita bersama-sama mermatabatkan busana tradisi dengan menggayakan tanjak di mana jua pun kita berada.
Mun bukan orang kita, siapa agik?
Tag me your photos wearing tanjak