Jejak Warisan di Kampung Lidah Tanah

Pada 2 September 2025, Datu Dr. Sanib bin Haji Said bersama Unit Penyelidikan & Media AKYBMS telah menjejak sejarah di Kampung Lidah Tanah, salah satu tapak bersejarah penting di Sarawak.
Selain meninjau makam-makam lama di sekitar kampung, lawatan ini juga menyingkap peranan besar Lidah Tanah yang pernah menjadi pusat pentadbiran selepas kerajaan Santubong berpindah dari Santubong ke kawasan ini.
Jejak warisan seperti ini bukan sahaja memelihara sejarah, malah menghubungkan kita dengan akar budaya masyarakat Melayu Sarawak.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak, Encik Afham Jauhari bin Aldi, serta penduduk Kampung Lidah Tanah yang telah bersama-sama mengiringi dan berkongsi cerita sepanjang lawatan ini

Kongsi berita ini