IKLAN JAWATAN KOSONG KOPERASI AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK

Koperasi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Kuching Berhad (KOPAK YBMS) memperlawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 24 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
Jawatan : Eksekutif KOPAK YBMS Kuching Berhad
Syarat Lantikan: Calon – calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
▫ Terdiri daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak, beragama Islam dan berbangsa Melayu Sarawak.
▫ Sihat tubuh badan.
▫ Memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan atau Diploma dalam Perakaunan atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
▫ Berkebolehan dalam mengunakan perisian Microsoft Office.
Syarat tambahan:
▫ Memiliki integriti yang tinggi, keperibadian yang dinamik, proaktif, amanah, dan boleh bekerja dalam kumpulan dengan baik.
▫ Mempunyai bakat tambahan adalah satu kelebihan.
▫ Mampu bekerja secara dengan pengawasan yang minima.
Cara memohon:
▪ Permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan kad pengenalan, sijil – sijil atau dokumen – dokumen yang telah disahkan termasuk gambar berukuran passport yang terkini dan dialamatkan kepada:
Pengerusi
Koperasi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Kuching Berhad
Jalan Rodway, 93000, Kuching Sarawak
No. Tel: 082-239 460
No. Faks: 082-255 731
E-mel: koperasi.akybms@gmail.com
▪Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Januari 2025 (Jumaat).
▪ Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Kongsi berita ini