IHYA’ RAMADAN AKYBMS 1447H / 2026M | Hari Pertama

24 Februari 2026 (Selasa)
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah memulakan program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1447H / 2026M dengan menyalurkan sumbangan kepada sesetengah surau di sekitar Kuching.
Sumbangan telah disampaikan kepada:
Surau Darul Falah, Semariang Kanan Fasa III
Surau Darul Iman, Kampung Semerah Padi
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha AKYBMS untuk berkongsi rezeki serta menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan dengan membantu institusi-institusi komuniti setempat.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi asbab keberkatan kepada semua. ✨

Kongsi berita ini