13 Mac 2025 (Jumaat) – Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, misi terakhir Pasukan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dalam menjayakan program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1446H/2025M di Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang Ulu, Kuching, serta di Surau Darul Nur Dini, Kampung Sungai Midin, telah berjalan dengan lancar.
Pagi ini, Pasukan AKYBMS yang diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, telah melaksanakan sesi penyerahan sumbangan wang tunai kepada anak-anak yatim di Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah.

Turut hadir dalam program ini ialah Encik Wan Mohammad Irfan, Encik Amirul Rashid bin Abdullah, Encik Ahmad bin Hamdan, Encik Mohd Harith bin Heykal, Puan Iszaliana, dan Cik Noralla binti Hamdan. Mereka akan menyerahkan 30 bakul makanan kepada asnaf terpilih di Kampung Sungai Midin pada petang ini.
Kami dari pihak AKYBMS ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan program ini. Semoga kita terus diberikan peluang dan kesempatan untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Ramadan bulan yang suci,
Saat kita meningkatkan taqwa,
Jangan lupa berbagi,
Demi meraih rahmat-Nya.