e-Festival Kebudayaan Melayu Sarawak Melabuhkan Tirai, Tinggalkan Intipati Bermakna Kepada Rakyat Melayu Sarawak

KUCHING, 2 OGOS – e-Festival Kebudayaan Melayu Sarawak yang telah diadakan pada sepanjang bulan Julai melabuhkan tirai setelah menamatkan semua enam sub-program yang dijalankan secara atas talian menggunakan platform “Zoom” dan “Facebook Live” di laman facebook rasmi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Kesemua program ini menyaksikan bahawa kejayaan pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak sebagai pengelola e-Festival berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Ucapan Perasmian oleh Pengerusi LPA AKYBMS

 

Pelaksanaan e-Festival Kebudayaan Melayu Sarawak ini juga melibatkan enam sub-program iaitu SAMAkupas Buku Negeri Santubong, SAMAkata Kelaka Melayu Sarawak Antara Daerah, SAMAkupas Filem “The Edge of The World”, SAMAkata Melayu Sarawak Antarabangsa, SAMAkupas 22 Julai 1963 Fakta dan Dusta dan SAMArindok: e-Mukun. Objektif kepada pelaksanaan e-festival ini ialah bertujuan untuk meningkatkan “Visibility” masyarakat Melayu melalui seni budaya secara serta memelihara dan menhidupkan semula sendi persembahan.

Ucapan Alu-aluan oleh Pengurus Besar AKYBMS

Program ini bermula pada 3 Julai iaitu dimulai dengan SAMAkupas: Buku Negeri Santubong yang dimulakan oleh Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said berkenaan kupasan Buku Negeri Santubong bersempena e-Festival Kebudayaan Melayu Sarawak 2021. Acara kemuncak e-Festival Kebudayaan Melayu Sarawak 2021 ini ialah Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS. Aturcara selingan pada hari Majlis Perasmian Penutupan ini juga diselangi dengan persembahan SAMArindok: e-Gendang Melayu Sarawak melalui aplikasi Zoom dan bersiaran di halaman facebook rasmi AKYBMS.

Kongsi berita ini