Datu Dr. Sanib: Misi Pengembaraan untuk “Negeri Yang Hilang di Sarawak”. 

Ihsan gambar: TVS

Pada 13 Februari 2023, platform TVS saluran 122 Astro dan MYTV telah menayangkan sebuah dokumentari yang bertajuk “Negeri yang hilang di Sarawak” yang mempuyai sebanyak 13 episod. Dokumentari ini memaparkan sejarah awal dan tertua di Sarawak. 

Ihsan gambar: TVS

 

Dokumentari ini  menyingkap sejarah yang telah lama tersimpan dalam catatan sejarah awal negeri Sarawak jauh sebelum kedatangan penjajah James Brooke ke Sarawak. Pengembaraan dilakukan di setiap pelusuk bahagian di Sarawak bagi mencari bukti-bukti penemuan sejarah awal Negeri Sarawak.

Pencarian “Negeri Yang Hilang”  ini bermula di negeri Santubong, di Muara Santubong sehingga ke Lidah Tanah. Selain itu, misi pencarian diteruskan dengan mencari negeri Saribas di Lembah Saribas. Malah, Menjejaki negeri yang hilang di negeri Kalaka di Kawasan Kabong. Di samping itu, dengan mendatangi Lembah Batang Lupar dan Lingga untuk menjejaki negeri Banting dan akhirnya menjelajah Kawasan Samarahan untuk mencari negeri Samarahan. 

Lantaran itu, kesemua bukti-bukti penemuan tersebut telah membuka sejarah baru dalam menyusun pensejarahan dalam negeri Sarawak dan pengembaraan ini diabadikan dalam mencari negeri yang hilang di Sarawak. Justeru itu, 13 episod ini akan menjanjikan bukti penemuan yang menjadi lambang kepada identiti terbentuknya negeri Sarawak menjadi negeri yang penuh dengan sejarahnya.

Kongsi berita ini