Bengkel Acara Tonggak 2026

MIRI, 5 Januari 2026 — Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menghantar tiga orang wakil untuk menghadiri Bengkel Acara Tonggak 2026 anjuran Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Negeri Sarawak (UPPAN).
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari, dari 3 hingga 5 Januari 2026, telah diadakan di Imperial Hotel, Miri dengan penyertaan pelbagai agensi dan organisasi berkaitan bagi memperkukuh pengurusan, penyelarasan serta pelaksanaan acara-acara rasmi dan berskala besar di Sarawak.

Kongsi berita ini