Awang Tengah merasmikan SAMApeduli Belia Cemerlang 2021 di Lawas

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama pihak Saberkas Cawangan Bukit Sari telah berjaya mengadakan program SAMApeduli Belia Cemerlang 2021. SAMApeduli Belia Cemerlang Siri I telah diadakan pada 11 Disember 2021 di Dewan Masyarakat Sundar, Lawas manakala Siri II telah diadakan di Dewan Serbaguna Merapok, Lawas pada 12 Disember 2021.
Para peserta di Dewan Masyarakat Sundar, Lawas
Program yang bertujuan untuk memperkasa kecemerlangan belia-belia di Sarawak ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr Hj Sanib bin Haji Said. Datuk Amar Haji Awang Tengah telah hadir ke Dewan Masyarakat Merapok untuk bertemu sendiri dengan belia-belia di kawasan tersebut.
Pengisian program lebih menjurus kepada pembentukan modal insan yang berjaya dalam kalangan belia. Pengisian Visi & Misi 1: Pendaki-pendaki Puncak telah disampaikan oleh Dr. Hamrilla Abd Latif dan beberapa Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang berkaitan dengan Jati Diri Melayu Sarawak telah dilaksanakan sepanjang program.Program yang yang dihadiri sekitar 50 orang di Sundar dan sekitar 100 di Merapok ini telah berjalan mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Semoga program seumpama ini dapat dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang dalam memastikan belia kita sentiasa utuh menghadapi cabaran dan lebih cemerlang membangunkan Sarawak Darul Hana yang kita cintai ini.
Siri II di Dewan Masyarakat Merapok
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Saberkas Cawangan Bukit Sari atas kerjasama yang penuh komited dalam menjayakan program. Tidak ketingalan dalam menyumbangkan bakti pihak Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL), Majlis Daerah Lawas dan Polis Daerah Lawas serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjadikan proram SAMApeduli Belia Cemerlang ini berjaya.
Sekian, terima kasih.

Kongsi berita ini