Kuching, 25 Jun 2025 (Rabu) – YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah menyampaikan ceramah dalam Seminar Asal Usul Astana dalam Masyarakat Dahulu yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program ini telah diadakan di Islamic Information Centre (IIC), Kuching.
Dalam sesi ceramah tersebut, beliau bukan sahaja membicarakan sejarah institusi Astana dalam masyarakat Melayu, khususnya di Sarawak, malah turut mengupas secara mendalam peranan Astana sebagai simbol kepimpinan, warisan budaya, dan lambang kedaulatan negeri sejak zaman berzaman.
Seminar ini menjadi medan penting dalam memperkukuh pemahaman generasi muda terhadap sejarah dan warisan yang membentuk identiti serta jati diri negeri Sarawak.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Shaik Azahar bin Shaik Hussain serta pelajar Pengurusan Seni dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak atas usaha menganjurkan program yang bermakna ini.