Alhamdulillah.

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengurus Besar kami, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said atas penganugerahan Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak (Kategori Terbitan Luar) menerusi karya beliau yang bertajuk:
“Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak 300ES–1647ES”
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan bermakna terhadap usaha gigih dalam memperkasa sejarah dan warisan negeri. Semoga pencapaian ini menjadi penyuluh semangat buat generasi akan datang untuk terus menjunjung tinggi nilai ilmu dan jati diri bangsa

Kongsi berita ini