Pada 8 Jun 2025 (Ahad), Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berjaya menjalankan Majlis SAMArindok Aidiladha di Surau Al-Kauthar, Taman Puteri bersama komuniti setempat.
Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan semangat ibadah korban, malah mengeratkan lagi silatulrahim antara penduduk sekitar dan pihak AKYBMS. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Selamat Hari Raya Aidiladha 
