AKYBMS Terus Mantap Dalam Raptai Kedua Istiadat Perbarisan TYT Sarawak

KUCHING, 8 Okt 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) meneruskan komitmen cemerlangnya dengan menyertai raptai kedua di Padang Merdeka, Kuching, sebagai persediaan rapi menjelang Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025.
Penyertaan pada sesi raptai kali ini memperlihatkan peningkatan keseragaman, disiplin, dan semangat berpasukan warga AKYBMS dalam memastikan penyertaan yang penuh bergaya pada acara kenegaraan berprestij tersebut.
Kontinjen AKYBMS turut berazam untuk mengekalkan momentum dan mempersembahkan aksi terbaik pada istiadat sebenar, sekali gus membawa nama AKYBMS ke mercu kejayaan sebagai Kontinjen Terbaik pada sambutan rasmi itu.

Kongsi berita ini