KUCHING, 7 Okt 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menyertai sesi raptai pertama di Padang Merdeka, Kuching, sebagai persediaan menghadapi Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2025.
Penyertaan ini mencerminkan semangat disiplin, kesetiaan, dan komitmen tinggi warga AKYBMS dalam memastikan penglibatan yang terbaik pada acara kenegaraan yang penuh adat dan istiadat tersebut.
Kontinjen AKYBMS turut bertekad untuk memberikan persembahan terbaik serta menyasarkan kejayaan dalam kategori Kontinjen Terbaik pada istiadat berprestij itu.