Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengambil langkah proaktif dalam memperkukuh sumber rujukan ilmiah dan budaya dengan membeli beberapa naskhah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara judul yang dibeli termasuk Sayang Sarawak, Bahtera Bahasaku, Urip, dan Sejambak Bunga Maya.
Usaha ini merupakan manifestasi komitmen AKYBMS dalam menyokong penerbitan tempatan serta memperkasa warisan ilmu dan sejarah budaya Melayu Sarawak.
Buku-buku bermutu tinggi terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP, yang menawarkan pelbagai genre termasuk kesusasteraan, bahasa, sejarah, dan warisan budaya. Orang ramai digalakkan mengunjungi kedai fizikal DBP atau melayari portal rasmi DBP untuk pembelian dalam talian.