29 Ogos 2025 – Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, telah mengadakan kunjungan hormat ke Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dan telah disambut mesra oleh Encik Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Negara Malaysia dan Puan Anita Muhammad Ishak, Penolong Pengarah Negeri ll, Arkib Negara Malaysia.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang pemeliharaan warisan, dokumentasi sejarah, dan pembangunan ilmu pengetahuan. Pertemuan tersebut turut membuka ruang perbincangan mengenai inisiatif bersama antara kedua-dua pihak demi mempertingkatkan usaha pemuliharaan khazanah budaya serta rekod penting negara. Hadir sama dalam lawatan ini, Encik Norazam bin Azni Shah, Penolong Pegawai Penyelidikan dan Media AKYBMS.