AKYBMS & Pelatih UNIMAS di Persembahan “Berduruk” JKKN Sarawak

21 Mei 2025 (Rabu) – AKYBMS turut serta dalam acara “Citra Malaysia: Berduruk” anjuran JKKN Sarawak yang diadakan di Muzium Budaya Borneo, Kuching. Acara bermula jam 3.00 sampe 4.00 petang, dengan persembahan budaya yang sungguh meriah.
Turut hadir, Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Ketua Unit Pendidikan, Agama dan Sosial AKYBMS serta dua orang pelatih industri dari UNIMAS, Cik Azza Azreenas binti Azman dan Cik Fatin Nashira binti Faizal.
Terima kasih kepada JKKN Sarawak atas jemputan serta pengalaman budaya yang amat bermakna tok. Semoga program-program macam tok terus dikekalkan demi generasi akan datang! ✨

Kongsi berita ini