AKYBMS bersama Lipur Lara

6 Mac 2024 (Rabu): Sebuah sesi perkongsian tentang Lipur Lara telah diadakan di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama dengan Encik Azuan Muda, Pengasas dan Pengarah Projek Lipur Lara.

Tujuan perjumpaan bersama dengan Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan AKYBMS ini telah diadakan adalah bertujuan untuk mengetengahkan karakter-karakter yang berkaitan dengan Melayu Sarawak yang berpotensi untuk diangkat dalam warisan tidak ketara dan ianya merupakan sebahagian daripada hikayat-hikayat di Sarawak, Malaysia yang berpotensi untuk dijulang ke peringkat yang tinggi.

Semoga sesi perjumpaan dan perbincangan yang telah diadakan dapat memberikan hasil yang terbaik kepada kedua-dua belah pihak. Semoga pihak Teeb TV, Hamsa Media, Persatuan Legasi Seni dan AKYBMS dapat berkolaborasi pada masa akan datang.

Ps: Sila ikuti https://www.facebook.com/LipurLaraMy/ dan instagram mereka.

Kongsi berita ini