12 Mac 2025 (Rabu): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan acara Simbolik Pelancaran (Flag-off) Program Ihya Ramadan AKYBMS 1446H/2025M bertempat di perkarangan masuk Wisma Sumber Alam, Petra Jaya.
Acara ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi Merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, AKYBMS bersama-sama dengan Datuk Dr. Wahbi telah mengibarkan bendera Sarawak sekali gus menyaksikan perarakan mini kenderaan yang turut membawa sebahagian sumbangan berupa makanan asas dan beras (bakul makanan) yang akan diagihkan kepada asnaf di kawasan sasaran.
Datu Dr. Haji Sanib telah menyatakan bahawa, “diharapkan agar sumbangan AKYBMS untuk program Ihya’ Ramadan ini dapat membantu meringankan beban golongan asnaf terutamanya semasa bulan Ramadan”.
Antara kawasan dan kampung yang terpilih untuk menjadi lokasi program Ihya’ Ramadan AKYBMS 2025 adalah:



Tempat 1: Majlis Simbolik Pelancaran Ihya’ Ramadan (Flag Off), (Perkarangan Wisma Sumber Alam, Petra Jaya)
Tempat 2: Masjid Baitul Rahim, (Kampung Kolong Dua)
Tempat 3: Masjid Nur Saadah, (Taman Heng Guan)



Tempat 1: Masjid Darul Muttaqin, (Kampung Buntal)
Tempat 2: Masjid Darul Ehsan, (Kampung Sejingkat)
Tempat 3: Masjid Darus Saadah, (Kampung Tabuan Melayu)



Tempat 1: Maahad Tahfiz Raudahtul Jannah, (Kampung
Selang Ulu, Kuching)
Tempat 2: Surau Darul Nur Dini, (Kampung Sungai Midin)
Ps: Terima kasih kepada semua yang telah membantu AKYBMS sama ada secara lansung atau tidak lansung. 

Sila ikuti Facebook rasmi: facebook/akybms
Tiktok: @budayamelayusarawak