Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah meraih Naib Johan dalam Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2025 bagi kategori Swasta & NGO, dipimpin oleh Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari.
Kejayaan ini menjadi lambang kecintaan kami kepada Rasulullah SAW yang sentiasa segar di hati. 

Seramai 9,000 peserta daripada 209 kontinjen termasuk agensi kerajaan, NGO, persatuan dan pelbagai pihak telah menyertai perarakan yang bermula dari Padang Merdeka pada pagi tadi.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran:



serta barisan kenamaan yang lain.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk meneladani Baginda dalam setiap langkah, agar Malaysia terus terbimbing dengan nur Rasulullah SAW.