Ensemble Melayu Sarawak dengan jayanya telah mempersembahkan keindahan muzik tradisional Melayu Sarawak pada 22 Jun 2025 di Rumah Iban, Kampung Budaya Sarawak, Kuching sempena Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025.
Persembahan ini bukan sahaja menghidangkan irama yang memukau, tetapi juga interaktif dan penuh semangat. Para penonton turut bersuka ria menari dan menyanyi bersama pemuzik Ensemble, menjadikan suasana lebih meriah dan bermakna.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Ensemble Melayu Sarawak serta semua kru yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan persembahan yang membanggakan ini. 
