MALAM ASPIRASI – MAJLIS SANTAI MAKAN MALAM

 

29 JANUARI 2022 – Sabtu, Majlis Aspirasi makan malam diadakan bersempena dengan meraikan kejayaan Pementasan Teater Tari Kembara Datu Marapati, Raja Negeri Santubong di perkarangan Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan majlis telah bermula pada 8:30 malam hingga 10:30 malam.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said dan tetamu jemputan khas daripada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS merangkap dekan, Prof Dr. Musdi bin Hj Shanat. Tetamu yang turut hadir dalam jemputan ialah, Jabatan Fakulti Seni Gunaan Kreatif, UNIMAS, Badan Seni AKYBMS, Pesilat daripada Perguruan Silat Betawi, Penolong Kereografer Badan Seni AKYBMS, Pembaca Syair, Pemuzik, Pengacara, Sarawak Media Global, Cotrope Creates Company dan kakitangan AKYBMS.

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak telah meraikan kejayaan rakaman Pementasan Teater Tari Kembara Datu Marapati, Raja Negeri Santubong dengan mengadakan majlis santai makan malam sebagai tanda mercu kerjayaan ke atas penglibatan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program tersebut terutamanya kepada Badan Seni AKYBMS, Pemuzik, Pesilat, Pembaca Syair, Pengacara, Kru AKYBMS serta teknikal daripada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS.

Perkarangan AKYBMS

Tetamu jemputan yang hadir

Majlis santai makan malam tersebut telah dihadiri 50 orang tetamu jemputan dan ucapan kata alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said yang merakamkan ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada mereka yang telah terlibat dan menjayakan program tersebut. Majlis santai makan malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan nyanyian daripada Badan Seni AKYBMS.

Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak AKYBMS turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir dan melapangkan waktu dan sekaligus memeriahkan majlis tersebut serta ucapan tahniah atas kejayaan melaksanakan program rakaman Pementasan Teater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Santubong. Segala jasa, budi dan tenaga semua pihak sepanjang program berlangsung amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

 

 

Kongsi berita ini