Pada 16 Oktober 2025, Datu Dr. Sanib bersama Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan lawatan ke Santubong Archaeological Park di Sungai Jaong. Lawatan ini turut disertai oleh George Schneider dan Jacinta-Wong Schneider bagi meninjau tapak arkeologi dan batu bongkah bersejarah yang menjadi bukti penting kewujudan awal tamadun di kawasan Santubong.
Lawatan ini dijalankan bagi memperkukuh pemahaman tentang warisan arkeologi Sarawak serta usaha berterusan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah sejarah negeri.





