⚜Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) 2025 @ SMK Bako⚜

KUCHING, 1 November 2025 – Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) 2025 telah diadakan di Dewan SMK Bako dengan penyertaan pelajar-pelajar Tingkatan 1. Program ini bertujuan membentuk pelajar Melayu-Islam yang cemerlang, berdisiplin dan berjati diri tinggi.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Annuar bin Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (Pendidikan Tinggi). Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Yang Berhormat Dr. Haji Hazland bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar merangkap ADUN N.5 Demak Laut, Pengetua SMK Bako, Encik Mohd Firdaus bin Abdullah, serta Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said.
Sepanjang program, pelajar mengikuti sesi motivasi, latihan berpasukan dan aktiviti interaktif bersama penceramah jemputan Cikgu Najihah binti Haji Bohari dan Encik Azuan bin Jemat.
Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), PIBG, dan pihak sekolah.
Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan KPMIC 2025 @ SMK Bako!

Kongsi berita ini