AKYBMS telah menyertai Pameran Rumah Etnik sempena Festival Kesenian Sarawak 2025, anjuran Majlis Seni Sarawak yang berlangsung pada 13 hingga 15 November 2025 di BCCK Kuching. Sepanjang festival, AKYBMS berpeluang berjumpa dan bergaul dengan para pengunjung serta etnik-etnik lain yang turut serta.
Rumah Etnik AKYBMS menampilkan konsep Panggor, iaitu pelamin tradisional Melayu Sarawak sebagai tema utama. Pengunjung berpeluang mencuba tepak sireh, bermain congkak dan batu seremban, selain turut bergendang dan bermukun di booth AKYBMS. Booth direka agar pengunjung berasa seolah-olah sedang menikmati suasana rumah kampung Melayu Sarawak.
AKYBMS juga membuka sebuah booth khas bagi mempamer dan menjual buku-buku terbitan AKYBMS kepada para pengunjung.
Terima kasih kepada semua staf yang telah bertungkus-lumus menjayakan pameran dan festival ini.





