21 September 2025– Program SAMASEDIA 2025 Siri IV telah berlangsung dengan jayanya di Kem Belia Pueh, Sematan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 September 2025. Seramai 40 belia telah menyertai program berkenaan yang memberi penekanan terhadap aspek pembentukan sahsiah, kepimpinan, disiplin dan semangat kerjasama.
Majlis penangguhan program SAMAsedia 2025 telah disempurnakan oleh Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari Ketua Unit Pendidikan, Agama dan Sosial AKYBMS selaku wakil Pengurus Besar AKYBMS.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Syafiq bin Halek sebagai penceramah jemputan, kakitangan AKYBMS yang terlibat iaitu Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Puan Iszaliana binti Mazlan dan Cik Noralla binti Hamdan dan juga para fasilitator dari Susoul Management yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Dedikasi, kesabaran, dan semangat mereka menjadi tulang belakang kepada kelancaran program.
Penganjuran program ini diharap dapat memberi impak positif kepada para peserta sekaligus melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing, berdisiplin serta mempunyai jati diri yang kukuh.



