⚜ PROGRAM SAMAsedia 2024, Siri 2 @ Gedong ⚜

14 Julai 2024 (Ahad): Program SAMASEDIA 2024 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) berpotensi untuk menonjolkan kemampuan para belia dalam bidang kepimpinan di wilayah ini.
Program ini bertujuan untuk memantapkan barisan kepimpinan dalam kalangan belia serta memantapkan dan mingkatkan keyakinan diri. Pelaksanaan dijalankan berkonsepkan pelbagai aktiviti dan kerja berkumpulan, santai dan menghiburkan.
Kami warga AKYBMS ingin merakamkan rasa terima kasih kepada pengelola Program SAMAsedia, kakitangan AKYBMS, ahli-ahli Majlis Daerah Gedong, Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum, Barisan Fasilitator Susoul Team Management, Para Peserta Program SAMAsedia 2024 Siri 2, Gedong, rakan media dan semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung.
Program kolaboratif ini merupakan manifestasi keakraban dan semangat kekitaan semua, khususnya kepada kaum belia di Sarawak. Budaya kerjasama ini telah menjulang nama AKYBMS: ini adalah kebanggaan kami untuk membela keunggulan bangsa Melayu Sarawak.
Turut hadir, Dato Sri Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Merangkap Timbalan Pengerusi & Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi & Pelaburan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Tuan. Hj. Ali bin Hj. Bujang, Naib Ketua PBB Cawangan N26 Gedong dan Puan Haslinda binti Haji Azmi, Pengurus Susuol Team Management.
Jumpa lagi
Tarikh: 12-14 Julai 2024
Tempat: Dewan Masyarakat, Gedong

Kongsi berita ini