⚜️TAKLIMAT KHAS REKAAN DALAMAN WISMA MELAYU SARAWAK KEPADA AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH ⚜️

⚜️TAKLIMAT KHAS REKAAN DALAMAN WISMA MELAYU SARAWAK KEPADA AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH ⚜️
23 Oktober 2024: Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan satu sesi taklimat khas untuk Rekaan dalaman Wisma Melayu Sarawak kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan pemahaman mendalam tentang reka bentuk dalaman Wisma Melayu Sarawak serta visi dan misi projek ini.
YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS telah mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato Sri Haji Mohd. Naroden bin Haji Majais, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS di Tingkat 12, Wisma Sumber Alam.
Perjumpaan yang telah berlansung selama dua jam ini bertujuan untuk memaklumkan gerak kerja, mendapatkan nasihat dan kelulusan daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS.
Selain itu, status dan proses terkini perkembangan pembinaan Wisma Melayu Sarawak telah dibentangkan oleh Encik Mohd Afrizan bin Mohamed mewakili PU Architects Sdn. YB Datuk Hajah Sharifah binti Sayeed Aman Ghazali, YBhg. Datu Haji Abdul Razak bin Mohd Tready, YBhg. Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi, Ar. Ahmad Sura bin Awang, Encik Zamsari Kadir, PU Architects Sdn. Bhd, Cik Nurul Fazzilah Affikah Yusuf, PU Architects Sdn. Bhd, Encik Amirul Akbar bin Osman dan Cik Zafirah binti Othman mewakili AKYBMS.
Warga AKYBMS, PU Architects Sdn Bhd serta rakan-rakan strategik yang lain sentiasa komited dalam menggalas amanah dalam merealisasikan projek Wisma Melayu Sarawak.
Like, Share & Follow (Klik See first) page rasmi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Kongsi berita ini