SMK TUN ABANG HAJI OPENG: Bengkel Tarian Melayu Sarawak
5 Oktober 2024, bengkel Tarian Melayu Sarawak sedang diadakan bagi mempromosikan warisan budaya tempatan.
Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai langkah tarian tradisional dan membolehkan peserta mendalami keindahan seni tarian Melayu.
Aktiviti ini adalah khas kepada 30 pelajar SMK Tun Abang Haji Openg yang telah terpilih.
Antara sesi bengkel yang akan didedahkan kepada pelajar pada pagi ini adalah: Taklimat Tarian Melayu Sarawak, Bengkel Tarian Melayu Zapin, Bengkel Tarian Melayu Joget.
Mari bersama-sama memelihara dan merayakan budaya kita!