⚜️Sesi Penyerahan Sumbangan untuk Penganjuran Majlis Sambutan Awal Muharram di Surau Al-Kauthar, Taman Puteri ⚜️

26 Jun 2024 (Selasa): Alhamdulilah, selesai sudah sesi penyerahan sumbangan kepada Encik Hasim bin Sa’at, Pengerusi Surau Al-Kauthar untuk mengadakan kerjasama pada program sambutan Awal Muharram yang bakal diadakan di surau tersebut pada 6 Julai 2024.

Sumbangan telah diserahkan oleh Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar, Ketua Unit Pendidikan dan Agama, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Sekiranya muslimin dan muslimat mempunyai masa terluang kelak pada 6 Julai 2024, jemputlah hadir untuk memeriahkan Majlis Sambutan Awal Muharram di Surau Al-Kauthar, Taman Puteri, Kuching.
Insyallah. ❤️

Kongsi berita ini