⚜️SAMArindok PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2024 Siri IV – SAMArindok Finale⚜️

KUCHING, 7 Disember 2024 (Sabtu) – Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan, kecekalan, dan kerja keras semua ahli jawatankuasa serta komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta yang menyertai majlis ini, SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak telah berjaya dilaksanakan. Acara ini diadakan secara berkala, iaitu setiap tiga bulan sekali, dan berlangsung di Godown Amphiteater Tebingan Sungai Kuching, Sarawak. Majlis ini berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 10.00 malam dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Antara penyertaan yang telah mempamerkan seni masing- masing di majlis tersebut adalah:
Artis Tari Badan Seni AKYBMS
Pemuzik Tradisional AKYBMS
Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud (KJM DBKU)
Kumpulan Gendang Sri Buana
Penyanyi Irama Melayu Sarawak
Pembaca Syair dan Gurindam
Acara ini di bahagikan kepada 4 segmen:
SEGMEN SAMARINDOK 1
• Lagu Melayu Asli 1
• Tarian Puteri Sarawak
• Syair Tarsilah Negeri Saribas
• Lagu Melayu Asli 2
SEGMEN SAMARINDOK 2
• Tarian Zapin Sindang
• Lagu Melayu Asli 3
• Pencak Silat
• Lagu Melayu Asli 4
SEGMEN SAMARINDOK 3
• Laksamana Raja di Laut
• Deklamasi Sajak Menunggu Laila
• Umpan Jinak di Air Tenang
• Kumpulan Gendang Sri Buana
SEGMEN SAMARINDOK 4
• SAMARINDOK FINALE (Tandak Berami)”
Sebagai penutup, acara penyampaian sijil telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Datuk Wahab bin Abdul Aziz dan Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib Bin Haji Said. Setelah menyerahkan sijil kepada wakil dari setiap penyertaan tetamu kehormat telah mengambil tempat dan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama semua peserta dan jawatankuasa pelaksana yang terlibat. Turut hadir serta pada acara tersebut adalah Encik Rudzaimeir Malek,Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU dan Dr. Haji Wan Ali bin Tuanku Madhi , Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.
Pihak jawatankuasa pelaksana mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas komitmen, kerjasama, dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat dalam acara ini, termasuk Artis Budaya Badan Seni AKYBMS, Gendang Sri Buana, dan Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud. Syair disampaikan oleh Fauzan Izaan, sementara deklamasi sajak dibawakan oleh Khalid Husseine Tuah. Penyanyi lagu Melayu Asli, Hijrah Yahya dan Hafizuddin Jamaluddin, turut memeriahkan acara ini.
Akhir sekali, kami berharap untuk terus mengembangkan pengetahuan anak muda tentang seni Melayu yang semakin terpinggir, agar kita dapat mempertahankan seni dan sejarah Melayu daripada terlupakan dan terpinggir oleh kemajuan zaman.
Like, Share & Follow (Klik See first) page rasmi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Kongsi berita ini