⚜️SAMArindok PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2024 Siri III – Pencak Silat⚜️

KUCHING 21 September 2024 (Sabtu) – Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan, kecekalan dan kerja keras kesemua ahli jawatankuasa beserta komitmen yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli perguruan silat yang menyertai majlis ini. SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak telah diadakan secara berkala iaitu 3 bulan sekali dan dilangsungkan di Godown Amphiteater Tebingan sungai Kuching, Sarawak. Dalam siri kali ini, kumpulan perguruan silat telah dijemput untuk menonjolkan persembahan silat khas dari perguruan masing-masing.
Majlis ini telah berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 10.00 malam dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib Bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara, Yang Berbahagia Tuan Haji Hilmy bin Haji Othma, Datuk Haji Wahab bin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Encik Zulkarnain bin Ismail dari Kementerian Belia, Sukan dan Keusahawanan.
Antara perguruan silat yang telah mempamerkan seni silat masing- masing di majlis tersebut adalah:
Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud (KJM DBKU)
Perguruan Pencak Silat Warisan Spring 15
Kelab Silat Olahraga Selendang Abadi Jati
Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Sarawak
Majlis ini turut disajikan dengan persembahan menarik daripada Artis Budaya Badan Seni AKYBMS dan diharmonikan oleh Pemuzik Tradisional AKYBMS.
Acara silat itu akan di bahagikan kepada 5 segmen dan setiap perguruan silat yang akan terlibat akan mempersembahkan seni silat mereka pada setiap segmen, tidak ketingalan, para guru dari setiap perguruan seni silat juga mempersembahkan setiap seni buah persilatan masing untuk dipertontonkan dalam kalangan khalayak ramai. Selepas tamat sesi kesemua sesi pengacara majlis telah memilih beberapa penonton untuk acara SAMArindok Silat (Demo Bersama Penonton).
Sebagai penutup, acara penyampaian sijil telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said. Setelah menyerahkan sijil kepada wakil dari setiap perguruan seni silat, tetamu kehormat telah mengambil tempat dan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama semua peserta dan jawatankuasa pelaksana yang terlibat.
Pihak jawatankuasa pelaksana mengucapkan terima kasih atas komitmen, kerjasama, dan sokongan pihak anda semua. Sekalung penghargaan kepada guru-guru silat, para pesilat, dan penonton atas sokongan dan kerjasama serta kesungguhan anda semua dalam mempamerkan disiplin yang jitu dengan menonjolkan sokongan kolektif anda terhadap usaha pembangunan khazanah Warisan kebudayaan Melayu Sarawak.
Akhir sekali, kami ingin mengembangkan lagi akan pengetahuan anak muda tentang seni Melayu yang kian pupus untuk membendung seni dan sejarah melayu kita dari ketingalan dan di lupakan oleh dek zaman.
Like, Share & Follow (Klik See first) page rasmi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Kongsi berita ini