Pada 30 September 2024, Program Siri Ceramah Sarawakiana bertajuk “Pensejarahan Kritis Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak” telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak. Ceramah tersebut disampaikan oleh Encik Azuan bin Jemat, Pengurus Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu Majlis Islam Sarawak. Program ini dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, serta orang awam, yang bersama-sama memeriahkan program ini dan mendalami sejarah awal Negeri Sarawak