⚜️Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri II: Puisi Melayu Tradisional bertemakan Epik Manuskrip “Senandung Puisi” ⚜️

May be an image of 7 people and text

(22 Jun 2024) Sabtu: “SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri II” bertemakan Epik Manuskrip “Senandung Puisi” arahan Encik Aizat bin Mohiden telah diadakan di Godown Amphitheatre, Tebingan Sungai, Kuching.
Acara ini bertujuan untuk memperkukuhkan warisan budaya Melayu Sarawak dan mendidik generasi muda mengenai nilai-nilai, cerita-cerita, dan pesan-pesan yang terkandung dalam epik manuskrip serta seni puisi Melayu melalui persembahan kebudayaan Melayu Sarawak yang memukau.
Turut hadir, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said sebagai Pengurus Besar AKYBMS, Encik Othman bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Kejiranan Mesra (KJM) Demak,Tuan Haji Muhammad bin Bohari, Wakil Persatuan Warga Islam Saribas (PERWARIS), Wakil Persatuan Kadayan Kuching dan semua yang tetamu yang hadir.
Semoga penganjuran program pada kali ini telah memberikan pendedahan serba sedikit tentang keindahan adat resam dan tatasusila bangsa Melayu, khususnya di Sarawak.
Jangan lupa temu janji kita pada 21 September 2024 untuk Siri III: Pencak Silat di lokasi yang sama. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung dan tidak lansung. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari.
“SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri II” bertemakan Epik Manuskrip “Senandung Puisi” arahan Encik Aizat bin Mohiden telah diadakan di Godown Amphitheatre, Tebingan Sungai, Kuching.
Acara ini bertujuan untuk memperkukuhkan warisan budaya Melayu Sarawak dan mendidik generasi muda mengenai nilai-nilai, cerita-cerita, dan pesan-pesan yang terkandung dalam epik manuskrip serta seni puisi Melayu melalui persembahan kebudayaan Melayu Sarawak yang memukau.
Turut hadir, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said sebagai Pengurus Besar AKYBMS, Encik Othman bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Kejiranan Mesra (KJM) Demak,Tuan Haji Muhammad bin Bohari, Wakil Persatuan Warga Islam Saribas (PERWARIS), Wakil Persatuan Kadayan Kuching dan semua yang tetamu yang hadir.
Acara ini diharapkan dapat memperkaya pengalaman seni dan budaya di Sarawak serta mendorong minat terhadap warisan seni dan budaya Melayu Sarawak. Semoga penganjuran program pada kali ini telah memberikan pendedahan serba sedikit tentang keindahan adat resam dan tatasusila bangsa Melayu, khususnya di Sarawak.
Jangan lupa temu janji kita pada 21 September 2024 untuk Siri III: Pencak Silat di lokasi yang sama. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung dan tidak lansung. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari.
May be an image of 6 people, people dancing, crowd and text

Kongsi berita ini