KUCHING – Majlis Seni Sarawak (MSS) memeriahkan Pentas Kesenian sempena Waterfront Festival 2024, berlangsung dari 25 hingga 31 Oktober di Tebingan Sungai Sarawak. Festival ini dipenuhi dengan pertandingan dan persembahan seni yang bertujuan menggalakkan masyarakat menghargai serta terlibat dalam seni budaya tempatan.
Pada 26 Oktober 2024, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) terutamanya Balai Seni AKYBMS dijemput khas untuk mewakili kaum Melayu dalam Malam Budaya Se-Borneo. Bersama-sama peserta dari Sabah, Brunei, dan Indonesia, persembahan ini meraikan keharmonian dan keunikan budaya masyarakat di Borneo.
Tahniah diucapkan kepada Balai Seni AKYBMS yang berjaya memperkenalkan budaya Melayu Sarawak dengan penuh cemerlang, serta kepada semua etnik yang menampilkan keindahan warisan budaya mereka masing-masing