⚜️Majlis SAMAngenang AKYBMS 2025⚜️

“Keberkatan dalam Kenangan, Kesyukuran dalam Kebersamaan”
Pada 19 Disember 2025, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan Majlis SAMAngenang AKYBMS 2025 yang berlangsung di perkarangan Pejabat AKYBMS. Majlis makan malam ini diadakan bertujuan untuk mengenang jasa individu-individu yang telah menyumbang, membantu serta menjadi sebahagian daripada AKYBMS sepanjang tahun ini.
Selain itu, suasana majlis turut dimeriahkan dengan sesi karaoke, ucapan penuh bermakna daripada Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, serta acara cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh para hadirin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan telah menjayakan majlis ini. Kehadiran anda semua merupakan lambang kebersamaan yang amat kami hargai. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Kongsi berita ini