⚜️Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-85 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) ⚜️

26 OKTOBER 2024 – Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi telah menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-85 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching.
Ketibaan para jemputan telah disambut oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Satok Yang Berhormat Berhormat Dato’ Haji Ibrahim Bin Baki, Setiausaha Politik Premier Tuan Haji Abdul Samat Bin Gany dan Yang di-Pertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Dr. Wan Ali Bin Tuanku Madhi serta isteri.
Turut hadir bersama ialah Yang Amat Berhormat Premier Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki serta isteri Datin Amar Hajah Baduyah Binti Haji Bujang, Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar; Datuk Dr. Haji Hazland Bin Abang Hipni serta isteri Datin Hajah Dayang Halimah Binti Abang Paul dan Pengurus Besar Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak; Datu Dr. Haji Sanib Bin Haji Said.
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi juga telah berkesempatan untuk melihat Pameran 85 Tahun: Jendela Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang dikurasikan oleh Puan Suhana binti Haji Sarkawi.
Pada majlis makan malam Buku Adat Perkahwinan Melayu Sarawak yang meliputi proses dan upacara pernikahan adat telah dirasmikan oleh para kenamaan.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg atas Anugerah Kepimpinan Seri Pertiwi. Majlis makan telah tamat pada jam 10:30 malam.

Kongsi berita ini