⚜️Majlis Makan Malam AKYBMS bersama Ensemble Melayu Nusantara & Nonakraf Creative @ Restoran PARIMPAN⚜️

 

26 Jun 2024 (Selasa): Majlis Makan malam bersama pemuzik Ensemble Melayu Nusantara dan kakitangan Nonakraf Creative telah diadakan di restoran PARIMPAN, Kuching semalam.
Sebelum dijadualkan ke China pada hari ini, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengucapkan tahniah kepada mereka di atas usaha dalam menjalani latihan dan persediaan untuk mengadakan persembahan pada julungkalinya kelak di pentas Rainforest World Music Festival (RWMF) mewakili bangsa Melayu.
Turut hadir beberapa kakitangan AKYBMS, pemuzik Ensemble Melayu Nusantara dan kakitangan Nonakraf Creative.
Semoga usaha memartabatkan seni ini dapat mencuri hati penonton dalam warga tempatan dan juga dari luar negara semasa persembahan kelak!
PS: Saksikan Ensemble Melayu Nusantara dari AKYBMS
Bersama dengan Fauziah Gambus, Dr. Kamil Salem Drk, Firlany, Butong Olala, Jo Gendang, Ainal, Minan, Sukarno, Dadi, dan Fera.
28 Jun 2024, di Festival Muzik Dunia Rainforest 2024
Jam 7:30 Malam
Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri malam yang dipenuhi dengan nada-nada dari Nusantara! ❤️

Kongsi berita ini