⚜️Majlis Bacaan Yassin Bulanan Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ⚜️

Tarikh: 7 Jun 2024 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS
Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Encik Amirul Akbar bin Osman dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS telah disempurnakan dengan baik.
Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap bidang pekerjaan kita.
Terima kasih diucapkan atas penglibatan semua pada program hari ini.

Kongsi berita ini