9 Julai 2024 (Selasa): Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said telah meninjau tapak projek Wisma Melayu Sarawak untuk melihat sendiri perkembangan projek tersebut.
Sejurus selepas lawatan, Mesyuarat Penyelarasan Projek Wisma Melayu Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Wisma Melayu Sarawak bersama dengan pihak klien, konsultan dan kontraktor.
Semua urusan dan aktiviti dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Semoga segala usaha ini akan mendapatkan hasil yang terbaik pada masa akan datang.