SIBU – Program Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri II telah berlangsung di Dewan SMK Agama Sibu pada 26 Oktober 2024, bertujuan meningkatkan kecemerlangan akademik dan jati diri pelajar Melayu-Islam. Program ini melibatkan 100 pelajar Tingkatan 1 yang diberi motivasi untuk mencapai kejayaan dalam PMR dan SPM, memahami perkembangan diri, serta membina kerjasama dan semangat ukhwah islamiah.
Program ini dijayakan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), PIBG, Pejabat Pendidikan Daerah, dan pihak sekolah. Pelbagai pendekatan digunakan, termasuk wacana minda, aktiviti berkumpulan dan permainan minda.
YB Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak, turut hadir memberi ucapan perasmian. Syabas diucapkan kepada Pengurus Program, fasilitator, dan semua pihak yang telah menyokong kejayaan program ini!