SARATOK, 31 Januari 2026 – Program Kursus Pelajar Melayu–Islam Cemerlang telah berjaya dianjurkan pada 31 Januari 2026 bertempat di Dewan SMK Saratok dengan penyertaan seramai 86 orang pelajar, sebagai inisiatif memperkasa kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah pelajar Melayu–Islam.
Program berkenaan telah dirasmikan oleh En. Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Wakil Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Turut hadir ialah YBrs. Puan Norafizah binti Amin, Wakil Pejabat Pendidikan Saratok, YBrs. Ustaz Mohd Roslan bin Isyak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Agama Saratok, serta barisan guru SMK Agama Saratok.
Sepanjang program berlangsung, sesi ceramah telah disampaikan oleh En. Muhammad Qhidir bin Mat Isa dan En. Azuan bin Jemat, yang menekankan aspek motivasi, disiplin dan pembentukan jati diri pelajar selaras dengan nilai Islam. Penganjuran program ini turut memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak sekolah dan AKYBMS dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.




