⚜️KUNJUNGAN HORMAT DARI SK BAKO ⚜️

16 Julai 2024 (Isnin): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima satu kunjungan hormat daripada rombongan SK Bako yang telah diketuai oleh Cikgu Osman Zaini, Guru Besar, SK Bako.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk jemputan rasmi kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said sebagai penceramah khas bagi program Hari Sarawak peringkat sekolah dan perbincangan strategik beberapa program kolaboratif yang berfokuskan kepada akademik, motivasi dan sumber manusia.
Dalam sesi kunjungan hormat ini, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said turut berinteraksi dengan Cikgu Jamaludin, Penolong Kana Pentadbiran, Cikgu Yakup, Penolong Kanan, Kokurikulum, Cikgu Zaidi, Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, Cikgu Musa, Cikgu Ismail, dan Encik Nasron, YDP PIBG SK Bako.
Turut hadir dalam diskusi ini, Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan AKYBMS.

Kongsi berita ini