⚜️Kunjungan daripada CIMB @ WORK: “Scammer Awareness” ⚜️

5 Jun 2024 (Rabu): Terima kasih kepada pihak CIMB Bank Berhad kerana sudi untuk berkunjung ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk berkongsi ilmu dan memberikan pendedahan mengenai Scammer Awareness selaras langkah keselamatan yang dipertingkatkan bagi mengekang penipuan sebagaimana diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada kakitangan AKYBMS.
Pelbagai jenis informasi dan aktiviti yang menarik yang telah diketengahkan oleh pihak CIMB Bank Berhad kepada kami. Selain itu, pihak CIMB Bank Berhad turut memberikan servis dan konsultasi seperti kaunter pembukaan akaun, kaunter khidmat nasihat, dan penawaran produk CIMB Bank Berhad kepada semua kakitangan AKYBMS.
Semoga usaha baik untuk pihak CIMB Bank Berhad untuk terus mengukuhkan keselamatan platform perbankan digital dan memerangi penipuan dengan mengadakan aktiviti kesedaran seperti ini dipermudahkan.
Turur hadir Awang Horolni bin Awang Putit, Zone Manager, Personal Financing Acquisition, Mohd Hafizudin bin Dollah, Assitant Sales Manager, Personal Financing Acquisition dan pegawai pengiring.

Kongsi berita ini