⚜️Konsert Rhythm of Soul di Kuching⚜️

KUCHING, 24 Januari 2026 – Konsert Rhythm of Soul: Bersama Opick yang telah berlangsung di Dewan Kompleks Islam Sarawak berjaya menghimpunkan pencinta seni dan muzik kerohanian dalam sebuah acara bermakna yang sarat dengan penghayatan nilai keinsafan dan kemanusiaan. Penganjuran konsert berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof bersama isteri serta kenamaan lain, sekali gus menyerlahkan sokongan terhadap penganjuran program seni berteraskan mesej kerohanian dan perpaduan masyarakat.
Majlis tersebut menampilkan persembahan istimewa daripada Yabang D’Rimba Jingga, Datuk Ramli Sarip dan Opick yang berjaya memukau para hadirin melalui gabungan elemen seni muzik dan pengisian rohani, sekali gus menjadikan konsert berkenaan sebagai wadah penyampaian mesej positif kepada masyarakat. Kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) turut hadir bagi menyaksikan konsert tersebut yang berlangsung dalam suasana tertib dan penuh penghayatan.

Kongsi berita ini