⚜️Kolaborasi TVS–AKYBMS dalam Tinjauan Seni Arca Besi Sadong Jaya ⚜️

Sadong Jaya, 29 Januari 2026 — Satu tinjauan lapangan telah diadakan di Sadong Jaya pada 29 Januari 2026 melalui kolaborasi strategik bersama TVS bagi tujuan sesi temu bual dan dokumentasi seni arca besi. Tinjauan ini memberi tumpuan kepada sesi temu bual bersama Encik Mohamad Kasat bin Bujang, seorang penggiat seni tempatan yang berkongsi kepakaran serta proses kreatif dalam memanfaatkan besi terpakai untuk diolah menjadi arca besi yang bernilai estetika dan artistik.
Sepanjang sesi tersebut, Encik Mohamad Kasat menerangkan secara terperinci kaedah pemilihan bahan, teknik pemprosesan besi terpakai, serta pendekatan kreatif yang diaplikasikan dalam penghasilan arca besi yang menarik dan bermakna. Inisiatif ini bukan sahaja menonjolkan keunikan seni kitar semula, malah memperlihatkan potensi seni arca besi sebagai medium ekspresi budaya serta kelestarian alam.
Tinjauan ini turut melibatkan penyertaan kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), TVS dan IDA Exhibition Services TVS

Kongsi berita ini