Kuching, 23 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah diadakan pada Isnin, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat AKYBMS bagi membincangkan penganjuran Seminar Kearifan Tempatan Borneo 2026.
Perbincangan tersebut melibatkan wakil DBP iaitu Puan Roslin binti Majidi, Puan Stephanie Lenyai, Puan Niniefadzillea binti Iswandi dan Puan Jhayssy. Manakala pihak AKYBMS diwakili oleh Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, bersama En. Amirul Rashid bin Abdullah dan Cik Zafirah binti Othman.
Sesi ini memberi tumpuan kepada penyelarasan konsep, kerangka pelaksanaan serta bentuk kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi dalam memastikan seminar yang dirancang dapat mengangkat wacana kepimpinan, sejarah dan pemikiran tempatan Borneo secara lebih berimpak serta relevan dalam arus perdana nasional.
Kerjasama ini dijangka memperkukuh jaringan institusi bahasa dan budaya dalam usaha memartabatkan warisan intelektual serta kepimpinan sejarah Borneo di peringkat yang lebih luas.





